SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB bioaslivco.com

Kami menjual pelbagai produk makanan tambahan yang baik untuk kesihatan disamping berupaya menyembuhkan penyakit.

Perniagaan kami berdaftar dengan SSM atas nama NORA SMA ENTERPRISE (002292931-X), bertempat di Rawang, Selangor. 

Allah SWT telah menganugerahkan kita pelbagai sumber makanan yang berkhasiat dan berzat. Ada makanan yang memberi kesan cepat terhadap kecergasan otak dan ada makanan yang lambat atau tidak memberi sebarang kesan sedikit pun. Tugas kita ialah memilih makanan yang terbaik dan memberi kesan terpantas terhadap minda. Makanan terbaik ialah makanan yang halal lagi bersih seimbang, berzat, dan berjadual.

KHASIAT MINYAK KELAPA DARA

Minyak Kelapa Dara mengandungi pelbagai khasiat kerana ia boleh dikategorikan sebagai "MAKANAN BERFUNGSI" yang mempunyai pelbagai khasiat yang berguna kepada manusia. Selain itu juga minyak kelapa dara berupaya menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Kenyataan pakar mengenai khasiat minyak kelapa dara :

Oleh : Dr. Halldor Thormar, ahli sains Icelandic, telah membuktikan bahawa monolaurin yang berasal dari minyak kelapa dara, dapat membunuh virus jenis 'lipid coated DNA dan RNA, termasuk HIV dan virus herpes dan juga mikroorganism lain termasuk bakteria jenis gram positive.

Oleh : Dr. John J. Kabara (Universiti Michigan –USA) : “Minyak kelapa dara mempunyai sifat-sifat anti virus, anti bakteria, anti kulat, anti parasit semulajadi yang membantu mengawal berbagai penyakit”

KHASIAT MINYAK ARGAN

Minyak Argan adalah minyak yang dihasilkan dari biji pokok Argan yang penuh dengan khasiat semulajadi untuk kosmetik dan kesihatan tubuh badan manusia secara dalaman dan luaran. Pokok Argan tergolong dalam spesies randa dapat hidup dalam cuaca dan keadaan muka bumi yang kering-kontang di bahagian barat daya Maghribi menjadikan ianya sangat istimewa dan unik serta amat sukar untuk dibiakkan atau di tanam di mana-mana bahagian Maghribi ataupun negara lain.

KHASIAT BUAH DELIMA


BUAH DELIMA mengandungi 'potassium yang tinggi, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi dan sodium serta vitamin A, B1, B2, B3 dan C. Bertindak balas bersama sodium, 'potassium' mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya). Buah ini menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung), mencegah ekzema dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali hamil atau lebih dari 3 kali kehamilan). Delima menghilangkan rasa letih otot serta menguatkan jantung.

KHASIAT BUAH MANGGIS

Buah manggis amat berkhasiat terutama di bahagian kulit dalam manggis dan biji buah manggis. Secara tradisi kulit manggis dilumat dan digunakan untuk merawat penyakit seperti Malaria, TB, penyakit kulit, cirit birit dan disentri. Di Thailand, buah manggis dijemur dan dikeringkan untuk membuat bahan kosmetik seperti syampu, sabun untuk menghaluskan kulit dan mencegah penyakit kulit.

Bahan aktif XANTHONE dalam buah manggis mempunyai khasiat yang amat menakjubkan. Terutama di bahagian dalam kulit dan biji manggis. Ramai saintis telah mengkaji khasiat buah manggis sejak tahun 1970an. Pelbagai masalah penyakit dapat diatasi dengan esktrak manggis. Khasiat XANTHONE iaitu bahan aktif dalam buah manggis dapat membantu pelbagai jenis masalah seperti alergi, resdung, lelah, pelbagai penyakit kulit seperti ekzema, gatal-gatal, psoriasis, seborrhea, jangkitan kulat, luka-luka yang biasa pada mulut, melecur, selepas pembedahan, penyakit darah tinggi, kencing manis, lebihan kolesterol, keletihan, kekurangan darah, ulser, gastrik, saluran usus yang bengkak dan pelbagai lagi masalah.

KHASIAT BUAH JAMBU

Memperbaiki tekstur kulit muka, sebagai agen anti-penuaan, toner semulajadi untuk kulit, mengatasi masalah jerawat dan bintik hitam, mengatasi masalah-masalah kulit seperti kulit terhidrasi, blackheads dan kegatalan kulit.

KHASIAT TONGKAT ALI HITAM


Tongkat Ali Hitam, dengan nama saintifiknya Bullata Polyalthia, dari keluarga Annoneceae atau juga dikenali sebagai Tongkat Hitam, Tongkat Ali Baginda, Sepelih Angin dan Serat, biasanya boleh dijumpai di rantau Asia Tenggara.

Kelebihan Tongkat Ali Hitam : Menyokong kesihatan umum dan kecergasan serta menguatkan tubuh badan, meningkatkan daya keinginan (libido) untuk lelaki, meningkatkan ketahanan mental, kepekaan fizikal, serta kekuatan, meningkatkan tahap tenaga, ketahanan serta stamina, mengurangkan keletihan mental, melancarkan peredaran darah secara sihat, membantu masalah mati pucuk dan meningkatkan kesuburan sperma, meningkatkan serta menstabilkan hormon testosteron pada tahap yang sihat, meningkatkan sistem imun tubuh badan, membantu dalam proses pemulihan selepas pembedahan atau rawatan penyakit, membantu merawat pra ejakulasi, kencing tidak terkawal, kesukaran hamil, lumpuh dan sebagainya dan membantu sistem pencernaan anda.

KHASIAT TONGKAT ALI MERAH

Herba ini secara tradisi adalah untuk merangsang hormon seksual suami dan isteri. Herba tongkat ali merah ini berfungsi untuk menambahkan kesuburan khas untuk lelaki serta wanita dewasa. Herba ini mampu meningkatkan kekuatan tubuh badan manusia ke tahap optima serta menjadi amalan turun temurun orang asli di negeri Perak dan Pahang. Herba tongkat ali merah ini agak sukar untuk dijumpai.

KHASIAT SUSU KAMBING


Susu kambing kaya dengan protein, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, anti arthritis serta anti barah. Ia mengandungi antibodi untuk merawat penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, memulihkan tenaga batin, sakit jantung peringkat awal, ulser perut serta membantu dalam pembentukan tulang dan gigi serta berbagai lagi penyakit kerana susu kambing merupakan makanan tambahan yang baik untuk kesihatan.

KHASIAT STEVIA

Pemanis semulajadi, melawaskan kencing, menurunkan berat badan, mengurangkan keradangan, menurunkan tekanan darah, kencing manis (gula tanpa kalori) dan menurunkan kadar gula dalam darah.

KHASIAT VITAMIN C

Vitamin C adalah vitamin larut air dan terdapat banyak pada sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Ia amat penting untuk pertumbuhan gigi, tulang, tisu bawah kulit dan rawan yang sihat. Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan kolagen menjadi lemah dan tidak aktif. Vitamin C adalah penting untuk metabolisma yang sihat kepada fungsi tubuh badan dan memainkan peranan lebih kompleks dalam kesihatan kita. Tubuh manusia tidak boleh menghasilkan Vitamin C. Ia perlu di ambil dari luar seperti pemakanan sayur-sayuran serta buah-buahan.