Produk : Minyak Kelapa Dara Asli @ Pure
Harga : RM 40.00 - 1 botol (150ml)
Penghantaran : Adalah percuma jika dihantar melalui Pos Malaysia Berdaftar (akan sampai dalam masa 4 - 7 hari bekerja). Untuk Pos Laju perlu bayar RM 6.00.
Pembelian 2 botol dan ke atas, penghantaran percuma melalui Pos Laju.
PENGENALAN MINYAK KELAPA DARA ASLI
Minyak
Kelapa Dara bermaksud minyak yang dikeluarkan dari buah kelapa cukup
matang melalui proses khas dengan tidak merosakkan struktur asal atau
khasiat semulajadi minyak kelapa yang terdapat di dalam buah kelapa
tersebut.
KETERANGAN
Diproses
secara semulajadi tanpa haba dan kimia lain. Terdapat
sekurang-kurangnya 9 jenis asid lemak (Medium Chain Fatty Acids) iaitu
asid caproic, caprylic, capric, lauric, myristic, stearic, oleic dan
linoleic. Kajian sains menunjukkan ianya amat berguna untuk kesihatan
manusia samada bayi, kanak-kanak, dewasa warga tua lelaki atau wanita.
Sesuai diminum, disapu pada kulit seluruh badan, boleh dijadikan minyak
rambut atau boleh digunakan semasa bersama dalam hubungan suami isteri
dengan melumurkannya ke seluruh badan.
KANDUNGAN
100 % Minyak Kelapa Dara
BERAT : 150 ml
ANTARA SEBAHAGIAN KHASIAT MINYAK KELAPA DARA :
- Menghilangkan parut jerawat dan stretch mark bagi wanita yang hamil.
- Tiada masalah keputihan ketika hamil.
- Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolisma.
- Melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari.
- Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.
- Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin.
- Melawaskan pembuangan air besar dan kecil.
- Meningkatkan kesuburan.
- Agen pelincir dalam hubungan suami isteri.
- Mencegah risiko penyakit jantung dan kadar kolesterol tinggi.
- Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang.
- Mengelakkan penuaan awal dan kedutan kulit.
- Melancarkan kitaran haid dan kurangkan rasa senggugut.
- Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang dan lembut.
- Memperlambatkan proses menopaus bagi wanita.
TIPS PENGAMBILAN MINYAK KELAPA DARA
1) MINUM / AMBIL minyak kelapa dara (MKD) sebelum / selepas sarapan pagi & waktu malam (sebelum tidur) pada jam 10 malam.
2) KENAPA?? Pada
masa ini, sistem pencernaan badan kita menjadi sedikit perlahan atau
kurang aktif. Jadi ini akan memudahkan minyak kelapa dara (MKD)
bertindak dan bekerja dalam badan kita.
3) ELAKKAN pengambilan
minyak kelapa dara (MKD) pada waktu tengahari kerana pada masa ini,
sistem badan kita sangat aktif bekerja untuk mencerna makanan dan
sebagainya.
4) NAK KURUS??? Anda
sendiri mesti pandai atur atau saiz hidangan sendiri. Pengambilan
minyak kelapa dara akan menjadikan anda lebih bertenaga dan kadar
metabolisma meningkat. Jika anda rasa selepas pengambilan minyak kelapa
dara (MKD), anda kerap rasa lapar dan nafsu makan membuak-buak, LEBIHKAN saiz hidangan atau pengambilan IKAN dan sayur dalam diet harian anda.
5) PALING PENTING SEKALI... Pastikan
anda minum air kosong dengan cukup, sekurang-kurangnya 3 liter sehari
untuk membantu proses penyingkiran atau penyahtoksin dalam badan akan
berjalan dengan lebih lancar dan badan akan terasa lebih segar dan
bertenaga.
Cara Pengambilan Minyak Kelapa Dara Mengikut Peringkat Umur :
Kanak-kanak 5 bulan - 1 tahun : Titiskan sedikit dalam susu formula / susu tepung / mulut bayi.
Kanak-kanak 2 ke 6 tahun : Gunakan sebanyak 2 sudu teh, setiap pagi dan malam.
Kanak-kanak 7 ke 12 tahun : Gunakan sebanyak 4 sudu teh setiap pagi dan malam.
Untuk Dewasa : Ambil 1 @ 2 sudu makan setiap pagi dan malam.
Ambil selepas makan. Sebaiknya jarakkan sekitar 1/2 jam dari pengambilan makanan.
Bagi mereka yang kali pertama mengambil Minyak Kelapa Dara, Mulakan dengan 1 sudu teh dengan setiap hidangan. Sebahagian orang mengalami perkumuhan yang lancar untuk beberapa hari.
Bagi mereka yang mengalami citarasa atau perut sensitif pula,
boleh dicampur dengan jus buah-buahan, yogurt atau ditambah pada
hidangan makanan lain seperti Oat yang dimasak. Dan bagi bayi atau
kanak-kanak yang tidak boleh minum minyak kelapa dara, ia boleh
dicampurkan pada makanan bayi seperti dalam susu formula / susu tepung.
Minyak Kelapa Dara adalah selamat digunakan bagi ibu-ibu yang mengandung dan semasa penyusuan bayi.